Bab 11

Bab 11
Pengaruh manusia terhadap cuaca dan iklim
Peningkatan suhu
1. Peningkatan suhu ialah cuaca yang lebih panas pada masa kini berbanding dengan cuaca beberapa tahun lalu
2. Pertambahan karbon dioksida dan zarah-zarah yang menyerap haba telah meningkatkan kepanasan bumi kerana haba tidak dapat dipantulkan ke angkasa, hal ini kerana kegiatan manusia melakukan pembakaran bahan api fosil di stesen jana kuasa, pembebasan asap kilang, asap kenderaan, pembakaran hutan dan perlombogan.
3. Penenangan hutan menyebabkan penyerapan karbon dioksida semakin kutang dan menyebabkan bumi panas.
Hujan asid
1. Hujan asid ialah hujan yang mengandungi bahan yang berasid akibat pembebasan gas toksik daripada kegiatan perkilangan, pembakaran bahan api dan lain-lain.
2. Antara kesan hujan asid ialah
a. Merosakkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan
b. Mengancam hidupan air
c. Mendatangkan penyakit barah kulit
d. Melunturkan cat bangunan
Kemarau
1. Masalah kemarau berkait rapat dengan kekurangan sumber air
2. Pembangunan dan kegiatan manusia seperti penebangan hutan telah menjejaskan ekosistem sesuatu kawasan. Keadaan ini menyebabkan kawasan tadahan air yang membekalkan sumber air ke sistem saliran terganggu.
3. Kekurangan bekalan air di dalam tanah menyebabkan sungai hanya menerima kuantiti air yang sedikit
4. Keadaan ini memberi kesan terhadap keperluan penduduk dan hidupan lain
Pulau haba
1. Pulau haba ialah kawasan bandar yang mempunyai suhu lebih tinggi berbanding dengan kawasan sekitar
2. Pulau haba wujud kerana kegiatan manusia:
a. Membina bangunan tinggi konkrit dan bercermin
b. Permukaan bumi bersimen
c. Jalan berturap di bandar
3. Pulau haba juga wujud kesan daripada kekurangan tumbuh-tumbuhan yang berperanan menyerap karbon dioksida dan kedudukan bangunan yang terlalu rapat telah menghalang pergerakan udara
Penipisan lapisan ozon
1. Penipisan lapisan ozon ialah lapisan di stratosfera yang berada di antara 20km hingga 25km dari permukaan bumi
2. Lapisan ozon berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultraungu yang berlebihan
3. Klorofluorokarbon (CFC) wujud di atmosfera hasil kegiatan manusia seperti pengunaan baja nitrat, penyembur aerosol, penyaman udara asap kapal terbang supersonik
4. Kesan sinaran ultraungu yang berlebihan ialah
a. Penyakit kanser kulit
b. Kemusnahan tanaman
Jerebu
1. Jerebu ialah lapisan udara yang terdiri daripada titisan air bercampur dengan zarah-zarah habuk dan pencemar
2. Jerebu berpunca daripada kegiatan manusia melakukan pembakaran bahan api, pembakaran sampah-sarap, pembakaran hutan dan asap kenderaan bermotor
3. Jerebu menyebabkan masalah:
a. Gangguan pernafasan
b. Radang paru-paru
c. Kerosakan mata

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s